Pages

Saturday, October 13, 2012

Faktor Lelaki Malas Buat Kerja Rumah



Lelaki Malas Buat Kerja Rumah Petanda Gangguan Jiwa

TIDAK ramai lelaki atau suami yg mahu mengambil bahagian dlm melakukan kerja rumah kerana mereka beranggapan kerja seperti menyapu, mencuci dan membersih rumah adalah kerja perempuan.
   Kajian para penyelidik dan Universiti Umea, Sweden, mendapati, lelaki yg tidak mahu mengambil bahagian dlm melakukan kerja rumah mungkin memiliki masalah psikologi dan lebih berisiko terhadap kecemasan, jantung berdebar serta kurang konsentrasi.
   Seorang penyelidik, Lisa Harryson, berkata, penelitian terhadap 1,000 responden mendapati, 50 peratus dikesan memiliki masalah psikologi kerana mengelak utk melakukan kerja rumah.
   "Di Sweden, sebahagian besar wanita melakukan semua kerja rumah. Hasil kajian ini juga mendapati, lelaki yg melakukan tanggungjawab domestik jauh lebih baik keadaan psikologinya.
   "Ramai orang mengaku sukar utk berbicara masalah dan beban mereka di rumah tetapi, ada baiknya mereka cuba melakukan kerja yg jarang mereka buat,"katanya.

Saturday, September 29, 2012

Teknik tegapkan badan


Teknik tegapkan badan yg kurus

RAMAI lelaki sering mengaitkan kejantanan dgn otot tubuh yg berketak-ketak. Bagi lelaki yg memiliki sosok tubuh kurus, jgn cepat kecewa kerana anda juga boleh mendapatkan bentuk badan seperti seorang atlet.
   Menurut seorang jurulatih kecergasan yg juga pakar nutrisi. Ben Greenfield, lelaki bertubuh kurus mempunyai potensi membina tubuh sasa lebih tinggi kerana tubuh mereka mengandung kadar lemak yg rendah.
   "Ia adalah atu kelebihan yg tiada pada lelaki berubuh besar . Kekurangan lemak bukan sahaja membolehkan otot lebih mudah terbentuk malah keadaannya lebih menarik berbanding lelaki yg asalnya bertubuh besar.
   "Selain itu, cuba dapatkan bantuan dripada taman gim ataupun jurulatih peribadi memandangkan anda baru berjinak-jinak dgn latihan sama ada dada, paha, punggung, sisi badan dan sebagainya juga perlu dilakukan secara konsisten dlm jangka masa lima minggu agar otot yg terbentuk kelihatan lebih mantap.
   "Banyakkan mengambil sumber protein seperti daging, telur dan makanan laut kerana ia dapat membantu meningkatkan hormon testosteron anda," jelasnya.

Saturday, September 22, 2012

Elakkan Tidur Pada Hujung Minggu


RAMAI antara kita mengambil kesempatan pada hujung minggu untuk berehat dan tidur sepanjang hari dengan alasan mahu untuk menggantikan kekurangan tidur yg dilalui sepanjang minggu.
  Namun, Perbuatan itu dikatakan membantu bahkan boleh memburukkan situasi.
  Pengkaji dari Pusat Tingkah Laku UT Southwestern, Amerika Syarikat mendapati bahawa tidur panjang pada hujung minggu mahupun pada hari cuti boleh mengganggu jam biologi seseorang.
  Perkara itu mampu membantutkan usaha anda untuk memulakan hari Isnin dgn penuh semangat.
  "Ada mitos yg mengatakan bahawa jika kita kehilangan waktu tidur pada hari-hari biasa kita perlu menggantikan pada hari minggu. Tetapi tubuh kita memiliki kitaran harian yg mengemudi dalaman tubuh, "Kata Gregory Carter.
  Tambah Carter, kitaran ritma sirkadian pada otak akan ditunda sehingga dua jam apabila tidur lebih pada siang hari. Perkara itu akan membuatkan kita sukar tidur pada sebelah malam.
  Hal itu boleh mendorong perasaan malas untuk bangun pagi pada hari bekerja berikutan.
  Jelas pengkaji lagi, sekiranya mahu menggantikan tidur yg tertinggal itu, seseorang itu seharusnya mempercepatkan waktu tidur pada hari berikutnya dan bukan pada hari minggu.
  Waktu tidur yg disyorkan pada malam hari adalah tidak melebihi lapan jam.

Cuaca panas punca jiwa pemarah


   Bagi sesetengah orang, cuaca panas menjadi sumber rezeki mereka, begitu juga cuaca hujan. Namun, keadaan yang terlalu panas terik sememangnya kurang digemari. Bukan hanya selesa kerana membuat tubuh berpeluh-peluh tetapi cuaca panas juga memberi kesan pada jiwa seseorang. Suhu panas kerap dilihat membuat seseorang menjadi kurang sabar dan pemarah. Mengapa?
   Cuaca panas dan lembap mempunyai hubung kait dengan peningkatan agresif dan kekerasan serta suasana hai yang lebih buruk. Keasaan tersebut berlaku kerana manusia cenderung sukar tidur, dehindari dan mengalamia keterbatasan aktiviti disebabkan mahu menghindari cuaca penas di sepanjang hari tersebut. Semua itu boleh menyebabkan suasana hati semakin buruk. Semua itu boleh menyebabkan suasana hati semakin panas.
   Selain itu, faktor kurangnya kawalan di atas situasi tersebut mungkin juga boleh mengganggu sebahagian orang. Antara lain, orang yang berada dalam situasi ini mudah tertekan, sangat gelisah dan tidak mustahil boleh memudaratkan lagi jiwa dan perasaan mereka hingga ke tahap yang paling buruk.

Saturday, September 15, 2012

Tips Menjadi Lelaki yg Berkarisma


Bahasa tubuh lambang lelaki berkarisma
Bahasa tubuh diibaratkan seperti sekeping gambar. Ia mampu menceritakan segala-galanya tentang penampilan diri anda. Apa yang orang lihat, itulahgambaran anda di matanya. Justeru itu, demi menjaga penampilan diri, anda harus menjaga setiap bahasa tubuh agar tidak janggal pada pandangan orang. Sedikit tip membantu anda menjadi lelaki berakisma.

Bersiap sedia
   Bahasa tubuh paling utama ialah saat anda melangkah keluar ke khalayak ramai. Jika anda bimbang dilihat dengan pakaian dan rambut yang tidak kemas, sebaiknya urus diri anda sesegera mungkin. Pandangan pertama adalah paling mustahak dan tidak hairanlah, saat artis-artis Hollywood seperti George Clooney melangkah keluar, ramai gadis tergila-gilakan akan wajarnya yang kacak dan penampilannya yang sentiasa kemas.

Senyum
   Senyum adalah penawar. Tidak hairanlah dengan sedikit senyuman, ramai hati wanita yang cair. Jika anda sudah yakin dengan penampilan diri, seharusnya anda keluar dengan senyuman.

Bukaan dada
   Jangan sesekali melangkah dengan gaya menunduk kerana itu bukan cara lelaki. Sebaiknya anda harus jalan dengan bukaan dada bagi menampakkan bidang dada anda yang tegak sekali gus menyerlahkan karisma anda di mata wanita.

Pandangan mata
   Lelaki yang berkarisma juga tidak akan sesekali mengerling matanya melihat wanita-wanita dihadapannya. Dalam erti kata lain jangan juling tatkala memandang wanita kerana sikap sebegini membuatkan anda dilabel sebagai mata keranjang. Sebaiknya kekal dengan pandangan mata dan berikan tumpuan terhadap perkara yang sedang berlaku di hadapan anda.

Berjalan tegas
   Ia nampak mudah namun tidak ramai mempraktikkannya. Ada yang memilih berjalan dengan gaya sendiri namun untuk tampil dengan karisma, anda harus melangkah dengan tegak dan bukannya terlalu menunduk. Tahukah anda, saat anda melangkah tegak, pasti ada mata yang memandang kerana ia bukan sahaja melambang sikap anda tetapi sifat anda yang mampu melindungi wanita.

Warna baju mesti sesuai dgn seluar
   Ramai tidak mengambil endah akan penampilan diri. Ada kalanya pakaian yg terlalau longgar, jeans yg sangat lusuh. Rambut yg tidak disikat kemas. Gaya yg kebudak-budakan dan ramai juga lelaki muda masa kini yg tampak seperti orang sudah berumur. Sebaliknya, baju dikenakan mesti kena dgn seluar yg anda gayakan. Tapi jangan pula terlebih berfesyen, kelak anda juga dilihat janggal.