Pages

Saturday, September 22, 2012

Elakkan Tidur Pada Hujung Minggu


RAMAI antara kita mengambil kesempatan pada hujung minggu untuk berehat dan tidur sepanjang hari dengan alasan mahu untuk menggantikan kekurangan tidur yg dilalui sepanjang minggu.
  Namun, Perbuatan itu dikatakan membantu bahkan boleh memburukkan situasi.
  Pengkaji dari Pusat Tingkah Laku UT Southwestern, Amerika Syarikat mendapati bahawa tidur panjang pada hujung minggu mahupun pada hari cuti boleh mengganggu jam biologi seseorang.
  Perkara itu mampu membantutkan usaha anda untuk memulakan hari Isnin dgn penuh semangat.
  "Ada mitos yg mengatakan bahawa jika kita kehilangan waktu tidur pada hari-hari biasa kita perlu menggantikan pada hari minggu. Tetapi tubuh kita memiliki kitaran harian yg mengemudi dalaman tubuh, "Kata Gregory Carter.
  Tambah Carter, kitaran ritma sirkadian pada otak akan ditunda sehingga dua jam apabila tidur lebih pada siang hari. Perkara itu akan membuatkan kita sukar tidur pada sebelah malam.
  Hal itu boleh mendorong perasaan malas untuk bangun pagi pada hari bekerja berikutan.
  Jelas pengkaji lagi, sekiranya mahu menggantikan tidur yg tertinggal itu, seseorang itu seharusnya mempercepatkan waktu tidur pada hari berikutnya dan bukan pada hari minggu.
  Waktu tidur yg disyorkan pada malam hari adalah tidak melebihi lapan jam.

No comments:

Post a Comment