Pages

Saturday, October 13, 2012

Faktor Lelaki Malas Buat Kerja Rumah



Lelaki Malas Buat Kerja Rumah Petanda Gangguan Jiwa

TIDAK ramai lelaki atau suami yg mahu mengambil bahagian dlm melakukan kerja rumah kerana mereka beranggapan kerja seperti menyapu, mencuci dan membersih rumah adalah kerja perempuan.
   Kajian para penyelidik dan Universiti Umea, Sweden, mendapati, lelaki yg tidak mahu mengambil bahagian dlm melakukan kerja rumah mungkin memiliki masalah psikologi dan lebih berisiko terhadap kecemasan, jantung berdebar serta kurang konsentrasi.
   Seorang penyelidik, Lisa Harryson, berkata, penelitian terhadap 1,000 responden mendapati, 50 peratus dikesan memiliki masalah psikologi kerana mengelak utk melakukan kerja rumah.
   "Di Sweden, sebahagian besar wanita melakukan semua kerja rumah. Hasil kajian ini juga mendapati, lelaki yg melakukan tanggungjawab domestik jauh lebih baik keadaan psikologinya.
   "Ramai orang mengaku sukar utk berbicara masalah dan beban mereka di rumah tetapi, ada baiknya mereka cuba melakukan kerja yg jarang mereka buat,"katanya.