Pages

Saturday, September 15, 2012

Tips Menjadi Lelaki yg Berkarisma


Bahasa tubuh lambang lelaki berkarisma
Bahasa tubuh diibaratkan seperti sekeping gambar. Ia mampu menceritakan segala-galanya tentang penampilan diri anda. Apa yang orang lihat, itulahgambaran anda di matanya. Justeru itu, demi menjaga penampilan diri, anda harus menjaga setiap bahasa tubuh agar tidak janggal pada pandangan orang. Sedikit tip membantu anda menjadi lelaki berakisma.

Bersiap sedia
   Bahasa tubuh paling utama ialah saat anda melangkah keluar ke khalayak ramai. Jika anda bimbang dilihat dengan pakaian dan rambut yang tidak kemas, sebaiknya urus diri anda sesegera mungkin. Pandangan pertama adalah paling mustahak dan tidak hairanlah, saat artis-artis Hollywood seperti George Clooney melangkah keluar, ramai gadis tergila-gilakan akan wajarnya yang kacak dan penampilannya yang sentiasa kemas.

Senyum
   Senyum adalah penawar. Tidak hairanlah dengan sedikit senyuman, ramai hati wanita yang cair. Jika anda sudah yakin dengan penampilan diri, seharusnya anda keluar dengan senyuman.

Bukaan dada
   Jangan sesekali melangkah dengan gaya menunduk kerana itu bukan cara lelaki. Sebaiknya anda harus jalan dengan bukaan dada bagi menampakkan bidang dada anda yang tegak sekali gus menyerlahkan karisma anda di mata wanita.

Pandangan mata
   Lelaki yang berkarisma juga tidak akan sesekali mengerling matanya melihat wanita-wanita dihadapannya. Dalam erti kata lain jangan juling tatkala memandang wanita kerana sikap sebegini membuatkan anda dilabel sebagai mata keranjang. Sebaiknya kekal dengan pandangan mata dan berikan tumpuan terhadap perkara yang sedang berlaku di hadapan anda.

Berjalan tegas
   Ia nampak mudah namun tidak ramai mempraktikkannya. Ada yang memilih berjalan dengan gaya sendiri namun untuk tampil dengan karisma, anda harus melangkah dengan tegak dan bukannya terlalu menunduk. Tahukah anda, saat anda melangkah tegak, pasti ada mata yang memandang kerana ia bukan sahaja melambang sikap anda tetapi sifat anda yang mampu melindungi wanita.

Warna baju mesti sesuai dgn seluar
   Ramai tidak mengambil endah akan penampilan diri. Ada kalanya pakaian yg terlalau longgar, jeans yg sangat lusuh. Rambut yg tidak disikat kemas. Gaya yg kebudak-budakan dan ramai juga lelaki muda masa kini yg tampak seperti orang sudah berumur. Sebaliknya, baju dikenakan mesti kena dgn seluar yg anda gayakan. Tapi jangan pula terlebih berfesyen, kelak anda juga dilihat janggal.

No comments:

Post a Comment